Jalan cerita One_Punch-Man

Saitama, seorang adiwira dengan kuasa penumbukan luar biasa sering mengalahkan musuh-musuhnya dengan mudah sehingga dia agak muak dengan kuasanya. Saat dia berkenalan dengan seorang siborg bernama Genos yang membawanya kepada suatu persatuan adiwira. Kedua-dua mereka mula mengalamuiujian sebenar mereka apabila persatuan ini dtugaskan melindungi Bumi daripada serangan makhluk asing.

Barisan watak

  • Saitama (サイタマ) - seorang berusia 26 tahun yang menjadi adiwira kerana suka-suka sejak mengalahkan suatu raksasa;Ch. 2Ch. 5 beliau menjalani suatu rutin senaman hebatCh. 11 yang memberikan dia kekuatan fizikal luar biasa termasuk mengalahkan musuh dengan sekali tumbuk.Vol. 1 Dia berkepala botak.
  • Genos (ジェノス) - seorang siborg berusia 19 tahun anak didik dan sahabat Saitama.Ch. 6-7 Keluarganya terkorban empat tahun yang lalu, hanya Genos sahaja yang terselamat usaha seorang saintis bernama Dr. Kuseno yang memulihkannya serta melengkapkannya dengan teknologi pemusnah.Ch. 7